Keranda Special Rakyat Ghana-Cantik, menarik, tertarik

Hai semua...ari ni saya tak nak tulis panjang-panjang. 
saya cuma nak share sedikit  gambar yang agak menarik minat saya. Gambar apa? 
mungkin anda tertanya...gambar saya maksudkanadalah gambar keranda orang Ghana. Keranda buatan mereka mmgamatberbeza...lain dari yang lain...so, cek this out.





dah tengok semua tu tadi...hehe...ni hanya sebahagian kecil dari gambar yang saya ambik. kalau naktengok lebih banyakbolhjebuat searh kat internet dengan term "kerada di ghana"

20 Tips Untuk Menjadi Orang Berjaya

Setiap orang mempunyai keinginan untuk berjaya. kejayaan yang diimpikan oleh setiap orang pula adalah berbeza. setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri bagaimana dikatakan berjaya kerana perkataan BERJAYA mempunyai makna yang subjektif. Dalam mengejar matlamat masing-masing, kita kerap kali berfikir bagaimana cara nak mencapai segala impian yang kita ingin gapai. oleh itu, pada post saya kali ini saya berkongsi sedikit maklumat bagaimana kita boleh mencapai kejayaan yang kita impikan. 



1. Tentukan Visi Anda.

  • Tanpa visi yang jelas, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
  • Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah seorang yang berkarisma, menghargai masa, mempunyai cita-cita yang besar, berkomitmen tinggi dan pragmatis / praktikal.
2. Aturkan Langkah Anda.
  • Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi / cita-cita anda mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda supaya tetap berada “di atas landasan” dan “tiba ke destinasi” pada waktu yang telah ditetapkan.
3. Rancang Masa Depan Anda SEKARANG!
  • Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup.
4. Luangkan Masa Untuk Bertindak.
  • Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin.
  • Uruskan masa dengan bijak – buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah / berseronok, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.
5. Konsisten dan Jangan Mudah Mengalah.
  • Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda!
  • Abraham Lincoln mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51.
  • Orang yang mudah mengalah kepada diri sendiri adalah orang yang tidak akan berjaya dan tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri.
6. Tumpukan Perhatian Kepada Matlamat Anda.
  • Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan, masalah remeh temeh, dsb.
  • Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu; untuk berjaya, anda perlu sentiasa ingat yang anda mahu berjaya!
  • Selama 20 tahun, Rasulullah menumpukan perhatiannya kepada mengembangkan ajaran Islam walaupun dicerca dan dihina. Hari ini, terdapat lebih 1.5 billion umat Islam di serata dunia.
7. Percaya kepada Pertolongan Allah dan Usaha Sendiri.
  • Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumi-Nya, bukan untuk menemui gagal.
  • Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.
8. Solat dan Doa.
  • Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Allah s.w.t.
  • Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa telah membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.
9. Pupuk Perasaan Cinta dan Jangan Membenci.
  • Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi: cinta kepada Tuhan, cinta kepada keluarga, cinta kepada rakan-rakan, cinta kepada haiwan peliharaan, cinta kepada negara, cinta kepada alam sekitar, cinta kepada ilmu dsbnya.
  • Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun orang itu pernah melakukan kejahatan kepada anda.
10. Belajar Daripada Kesilapan.
  • Manusia yang bijak adalah manusia yang mengaku akan kesilapannya dan belajar daripada kesilapan tersebut. Kesilapan bukanlah sesuatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sesebuah kejayaan.
  • Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan diri anda melakukan kesilapan yang sama berulang kali.
11. Sokongan Keluarga Yang Kuat.
  • Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan anak-anak adalah tunjang kepada kejayaan ibubapa.
  • Kebanyakan kegagalan remaja hari adalah berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibubapa.
12. Berkawan Dengan Ramai Orang.
  • Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai / baik.
  • Individu yang berjaya selalunya adalah individu yang mempunyai ramai kawan.
13. Gambarkan Destinasi Kejayaan Anda.
  • Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi.
  • Tidak salah menjadi Mat Jenin, SETIAP kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.
14. Berdisiplin.

  • Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif and tidak gemar ‘curi tulang’.

15. Amalkan Gaya Hidup Sihat.

  • Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit merbahaya.

16. Sentiasa Jujur.
  • Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus.
  • Kejayaan TIDAK akan membawa apa-apa makna sekiranya ia terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu daya.
17. Hargai Masa.
  • Masa adalah suata nikmat Allah yang selalu dibazirkan / disalahgunakan oleh umat manusia.
  • Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.
18. Sayangilah Diri Anda Sendiri.
  • Jangan terlalu fokus kepada “ketidaksempurnaan” / kelemahan yang ada pada diri anda.
  • Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Allah mencipta setiap manusia berbeza-beza dan setiap satunya istimewa.
19. Jangan Sentiasa Mengutamakan Diri Sendiri.
  • Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa.
  • Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat menbantu kejayaan diri anda juga.
  • Kejayaan sememangnya penting, tetapi jangan sekali-kali ‘tamak kejayaan’.
20. Sentiasa Dikalangan Orang-Orang yang Berjaya / Mahu Berjaya.
  • Bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri.
  • Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain.
  • Selain bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya, banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya di dalam hidup mereka.

Lelaki Versus Perempuan


 
 







 A'kum.... sekadar renungan

Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
 
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.
 
Bila meja lelaki bersepah-sepah,
Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.
 
Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.
 
Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.
 
Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.
 
Bila lelaki tidak berada di mejanya,
Mesti dia tu tengah pergi meeting,
 
Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,
 
Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.
 
Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.
 
Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
 
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.
 
Bila BOSS mengkritik lelaki, 
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
 
Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.
 
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,
Adakah dia marah?
 
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,
Adakah dia menangis?
 
Bila lelaki akan berkahwin,
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
 
Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang
.
Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
 
Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.
 
Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.
 
Bila wainta keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?
 
Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya
.
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian

Nenek Bertanduk

Salam sejahtera kepada pembaca blog sekalian...hari ini saya nak kongsikan sedikit info yang agak menarik pada saya...kejadian ini berlaku di negeri china di daerah Henan. Seorang wanita tua mengejutkan rakan dan anggota keluarganya apabila ketumbuhan menyerupai tanduk tumbuh di dahinya.Tanduk itu mula tumbuh padai dahi nenek (Zhang Ruifang) yang berumur 101, tahun lalu.

Ketumbuhan itu kini sudah enam sentimeter panjang dan pada masa sama, satu lagi ketumbuhan serupa kelihatan di sebelah kanan dahinya.

Keadaan nenek itu menyebabkan keluarganya di Kampung Linlou, wilayah Henan, bimbang dan hairan.

Anak bongsunya, Zhang Guohzheng, 60 berkata, keluarganya tidak memberi tumpuan apabila setompok kulit kasar muncul pada dahi ibunya tahun lalu.

Menurut Zhang yang abang sulungnya berusia 82 tahun, tanduk berkenaan semakin panjang dari semasa ke semasa. “Ia sudah enam sentimeter. Dan kini, ketumbuhan yang sama muncul pada sebelah kanan dahinya. Ia mungkin satu lagi tanduk.” Walaupun tidak diketahui ketumbuhan itu, ia menyerupai tanduk.

Biasanya, ketumbuhan seumpama itu hanya tumbuh pada manusia sepanjang beberapa milimeter tetapi ada yang boleh tumbuh hingga beberapa sentimeter.

Ketumbuhan itu biasanya dialami oleh golongan tua berusia antara 60 hingga 70 tahun.

Tujuh Perkara Ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yangketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua’lam..(Petikan dari Agama & Cara Hidup)

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme