Tragedi malang Facebook

Aduyai...pening betul fikirkan penangan dunia siber ni, de arini aku nak citer sikit kat korang de pengalaman saya masa saya layan fb petang tadi de dekat-dekat kol 4:58pm gitu...

citer nya macam ni de...semalam masa saya  tengah syok online and layan facebook tiba-tiba ada lah sorang mamat ni request nak jadi friend kat saya... tapi besa lah de saya bukannya approve sebarangan orang kat fb saya de..ade beberapa kreteriayang saya ambik tau, lepas saya teliti betul-betul gambar profile mamat ni rupa nyer abang aku da..hahha.

tapi bukan itu tragedi malang yang saya maksudkan de...mungkin korang tertanya kalau bukan kenapa nak cerita pasal tu?. hoho...mesti lah ada sebab saya cerita de...

coz dari situ lah bermulanya tragdi tu de...memang tragis sangat,

lepas saya add Abang saya...mula lah terniat dalam hati nak cari abang-abang,kakak, sepupu sepapat, biras, ipar saya yang ada fb... dalam pencarian saya ni.


lepas satu..satu yang saya jumpa, dalam masa semalam tu saya berjaya add ramai kaum kerabat saya, satu berita gembira untuk saya...

orang last yang  saya cari malam tu ipar saya...midah, cari puya cari..last2 nampak lah satu nama ni serupa ngan nama ipar saya... tapi saya masih x confirm lagi coz saya tak bley tngk gamabar dia...

tapi saya tengok kat mutual friend dia..dia lah satu-satunya mutual friend ngan abang saya...

sah..ni lah midah yang saya cari..kata-kata yang timbul dalam hati saya masa tu..leganya malam tu coz saya berjaya caibanyakgaklah family saya sama ada dekat atau jauh,

saya pun tak sabar nak tunggu kesokan hari nya nka tengok diorang approve ke tak fb saya.. alahamdulillah bila saya cek semua dah approve,

then saya pun bukak lah inbox saya coz  saya tengok ada mesej kat dalam tu...
skali saya tengok nama yang anta mesej tu midah orang yang saya sangka ipar saya malam semalam..

lepas saya bukak mesej tu sekali dia kutuk saya.......aduuh, pedih betul saya rasa masa tu, ayat dia guna memang pedas giler..

saya pun tertanya kenapa dia boleh marah saya macam ni...sedangkan dia tu ipar saya,

sekali saya cek  profile dia..rupa-rupanya orang len da...

tapi saya masih tertanya2 kenapa dia marah sangat kat saya sampai keluar kata-kata kesat kat saya???


disebabkan saya terasa sangat ngan dia masa tu on da spot saya  terus reply mesej dia, coz saya tengok dia pun tengah on9 lagi..

nak tau apa yang saya reply kat dia.... " apahal kurang ajar sangat ayat tu? mak bapak tak ajar ke? "

dalam hati saya masa tu memang saya nak bagi buah serang kat dia kalau dia ada kat depan saya masa tu...

pastu saya terus remove nama dia dari list saya...nak buat apakan berkawan ngan orang yang tak ada adab,

sekolah je dekat madrasah Islamiah, tapi adab tak macam islamiah langsung......hampeh,

weii....ingat muka cantik ke, kalau muka cantik tak pe gak boleh buat modal nak cari balak...

dah lah muka tak cantik...tambah g perangai buruk, makin buruk jadinya... orang kata biar muka buruk, perangai biar cantik...

tak lama pas tu dia pun reply balik mesej saya and kata....

"Sori lah, saya ingat awak marahkan saya"

ceh...minta maaf lah kawan saya nak maafkan orang macam tu, takde hujan takde ribut, tiba-tiba je marah kat orang...ingat saya ni apa, tunggul boleh maki hamun suka hati....

tau pun dia terasa ngan apa yang saya cakap...

buat kawan-kawan saya... jangan lah suka hati je nak kutuk orang tu nak marah orang tu, marah orang ni..
padahal tak buat salah apa pun..

kena ingat, kite ni kalau buat salah ngan Allah masih ok lagi Allah boleh maafkan coz Allah maha pengampun...

tapi kalau kita sakitkan hati member-member kite atau sapa-sapa je lah dalam dunia ni, sori kawan...bawaklah dosa tu sampai ke mati coz Allah takkan ampunkan dosa dia selagi orang yang dia aniaya or sakitkan hati tu tadi tak maafkan kesalahan dia...

Saya tulis ni bukan nak kata saya ni baik ke tak tapi sebagai peringatan buat kita bersama...

dua benda yang perlu kita jaga hubungan dengannya ialah...

1. hubungan dengan Allah.
2. Hubungan dengan Manusia.

akir kalam..bila nak meluahkan kata-kata tu, fikir dulu..jangan main lepas.. lidah adalah senjata yang paling tajam....

Peace No War

Perkongsian: Tidak mahu fikir fasal cinta. Adakah patut?

                   Kalau cinta ini satu perjalanan, maka saya katakan bahawa saya telah banyak melalui perjalanan cinta. Saya kecilkan skop – Cinta lelaki perempuan. 

             Dalam setiap perjalanan, saya belajar dan belajar. Silap itu silap ini, dan saya terus mengkaji dan belajar, memerhati dan terus membuat penyelidikan.
Dalam marhalah-marhalah yang saya lalui, satu perkara yang orang selalu sebut: “Jangan banyak fikir fasal cinta. Melalaikan”

Ada lagi orang menyebut begini kepada saya: “Saya masih tidak mahu fikir fasal kahwin ni. Sebab saya tak mahu ganggu pelajaran saya”

Ada pula yang gaya macam best cakap pada saya: “No cinta before nikah. Prinsip saya, cinta selepas kahwin. Cinta sebelum kahwin ni, melalaikan.

Dua orang main perasaan, yang ketiganya adalah syaitan”
Benarkah kita patut berkata dan beranggapan sedemikian?
Pada saya, inilah dia fitnah yang telah terpalit pada cinta.
Yang kita dididik bahawa itu adalah namanya bercinta
Tahukah sebenarnya, kita ini telah didoktrin dalam mendefinisikan cinta? Dalam hal bagaimana bercinta? Dalam hal membina keluarga? Dalam hal hubungan lelaki dan perempuan? Bagaimana agaknya definisi kita terhadap perkataan – Bercinta -?

Saya ingin bertanya, di manakah sumber pendidikan cinta masyarakat kita?
Ah, anda tidak perlu jawab. Biar saya jawab.
Majoriti masyarakat mengambil sumber pendidikan cinta daripada Novel, drama, dan filem.
Cara-cara hubungan lelaki dan perempuan di dalam filem, yang banyaknya diterajui oleh Hollywood dan kemudian diikut pula oleh masyarakat kita, dan itulah yang kita namakan bercinta.
Maka, adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Syeikh Drama dan Maulana Filem ini, dijadikan fatwa untuk mendefinisikan cinta. Cintan cintun tak jaga syara’ itu dinamakan bercinta. Maka akhirnya, perkataan BERCINTA itu menjadi buruk dan ditohmah 1001 tohmahan yang busuk lagi jijik.
Sebab apa? Sebab manusia tidak tahu apa itu bercinta yang sebenar.
Rujukannya adalah yang ditunjukkan dalam drama-drama dan filem-filem, novel-novel jiwang yang tidak mengikut syara’ itu. Macam manalah perkataan BERCINTA itu tidak dipandang jijik kalau itu yang menjadi rujukan?

Definisi bercinta saya.
Pada saya, seorang lelaki yang berusaha mendapatkan seorang perempuan dengan cara yang syara’ itu adalah satu cara percintaan.
Apa itu cinta pada definisi saya?
Definisi saya pada cinta adalah: “Kita hendak masuk syurga Allah dengan dia”
Justeru, apa-apa sahaja perbuatan yang membawa si lelaki dan si perempuan ke neraka, adalah satu pembatalan pada cinta itu sendiri.

Di sini, saya simpulkan perkataan BERCINTA sebagai: “Lelaki dan perempuan yang berkasih sayang atas jalan yang syar’ie, tidak melanggar hukum Allah SWT”
Maka, berdasarkan definisi itu, bagaimanakah hendak bercinta?

Pertama sekali, anda kena buang apa-apa sahaja didikan cinta dari drama, filem, novel-novel yang anda baca. Jangan sesekali anda sinonimkan perkataan BERCINTA itu dengan tindakan-tindakan mereka. Pada saya, apa-apa sahaja yang membawa kepada kemurkaan Allah dan boleh melemparkan kita ke neraka, tiada cinta di dalamnya.
Kedua, serius. Tak payah lah nak mengorat tak boleh blah. Nak testing-testing sembang ke apa ke. Bila timbul rasa cinta, maka mulakan dengan menyelidiki latar belakangnya. Boleh tanya ramai orang. Kemudian buat istikharah. Seterusnya bila dah yakin, hubungi terus ibu bapa si dia. Kalau takut, boleh juga terus cakap kat dia, hantar surat ke untuk luahkan bahawa kita memang cinta pada dia dan ingin jumpa ibu bapa dia. Bila dia approve, boleh proceed ke langkah seterusnya.(ada juga orang kata, tackle mak ayah dulu adalah cara yang terbaik)

Ketiga, selepas ibu bapa sudah dimaklumi, baru mulakan perhubungan di bawah pengawasan ibu bapa. Baru mula ta’aruf, baru mula sembang, baru mula berjumpa dan semestinya dalam kondisi yang syar’ie dan terjaga pula adab-adabnya. Bukan berdua-duaan(baik di alam realiti atau alam maya), tiada pula sentuh menyentuh. Membina kesefahaman untuk membangunkan satu keluarga yang diredhai Allah SWT.
Keempat: Percepatkan perkahwinan jika berkemampuan. Jika belum berkemampuan, maka seringlah berhubungan dengan penjaga si pasangan untuk mengeratkan hubungan dan menjaga silaturrahim seterusnya membina kesefahaman dalam rangka untuk menjaga diri sendiri dan mengawal hubungan itu agar kekal di dalam batasan syara’.
4 step ini, pada saya sudah boleh dinamakan BERCINTA.
Hendak bergerak lebih jauh dalam BERCINTA, hendak sentuh-sentuh, hendak minum satu straw makan satu pinggan, hendak buat itu ini, ha… kena lepas satu lagi boarder iaitu PERKAHWINAN.

Masalah tak mahu fikir
Ya, pada saya memang tak patut pun seseorang itu berfikir untuk BERCINTA pada usia yang belum matang. Tetapi, pada saya, seseorang itu perlu didedahkan berkenaan konsep membina keluarga yang diredhai Allah SWT semenjak umurnya seawal 13 tahun lagi.
Kenapa perlu membina keluarga yang diredhai Allah SWT, Apa pentingnya membina keluarga yang diredhai Allah SWT, bagaimana persiapan yang sepatutnya untuk membina keluaarga yang diredhai Allah SWT.
Barulah, remaja kita membesar dengan matang, dan terdidik pula untuk nanti dia BERCINTA dengan PERCINTAAN yang sebenar, mengikut syara’ dan diredhai Allah.
Saya tanya satu soalan: “Bagaimana manusia boleh menjadikan filem, drama, novel sebagai sumber kepada pengajaran terhadap cinta?”
Biar saya jawab. Jawapannya adalah: “Sebab mereka tidak diajar bagaimana cara bercinta yang betul”
Jadi, di sini masalah kita.
Tak mahu fikir, sebab kita tidak dididik bahawa berfikir terhadap perkara ini adalah penting. Ada juga tak mahu fikir, sebab telah terdidik supaya jangan memikirkan benda-bena ini.
Saya selalu dengar orang tua-tua cakap: “Ish, kecik-kecik dah gatal”
Ya, saya akui kalau cakap nak bercouple, atau angau dengan seseorang sampai belajar pun entah ke mana, bolehlah kita masukkan ke dalam kata-kata orang tua itu. Tetapi, untuk mereka yang berfikir bagaimana untuk membina keluaarga yang diredhai Allah SWT, mereka ini tidak patut dihalang dan dicop gatal. Malah sepatutnya dibimbing biar lebih teguh.
Kamu boleh suruh anak-anak fikir fasal cita-cita semenjak tadika walaupun medan pekerjaan akan dihadapi oleh mereka masih jauh lagi. Bila disoal, kamu menjawab: “Kita kena sediakan mereka biar tak kena culture shock, biar mereka tahu nak menghala ke mana, biar mereka jelas matlamat dan bla bla bla”
Jadi bagaimana dengan rumah tangga yang Allah redha? Bagaimana dengan cara bercinta dengan Allah redha? Kenapa kamu tak dedahkan pengajaran terhadapnya? Kenapa kamu menghalang diri kamu dan orang lain untuk memikirkannya?
Maka tidak hairanlah, remaja kita hari ini ramai yang salah mengguna pakai perkataan CINTA, BERCINTA, PERCINTAAN. Bila mereka memakai perkataan-perkataan ini, mereka merujuk pada sesuatu perbuatan yang Allah tidak redha dan murka.
Tahukah kalian, Hollywood mendidik kita dengan sifir berikut:
LOVE=SEX. Maka, bila mereka kata To Make Love, maksudnya adalah To Do Sex.
Sekarang lihat.
Kenapa kamu boleh biar barat mendidik masyarakat sambil lewa dan kamu pula meghalang diri dan orang lain berfikir berkenaan perkara paling penting ini? Cinta rosak, sebab kita tidak menjaganya.

Ganggu Pelajaran. Saya nak fokus.
Ini alasan yang pada saya tak boleh dah pakai, apabila kita mendefinisikan semula cinta mengikut apa yang telah saya tulis di atas.
Ya, kalau bercinta yang tidak syar’ie, betul akan membuatkan kita tidak fokus, ganggu pelajaran dan sebagainya.
Saya pernah berjumpa dengan beberepa pelajar yang bercouple. Mereka kelihatan sedih. Saya bertanya, kenapa sedih sampai macam down sangat ni? Pelajaran mereka, studi mereka sampai terganggu. Mereka menjawab:
“Awek saya ada masalah bang”
MasyaAllah, awek ada masalah, diri dia yang down macam dunia nak kiamat?
Tetapi, bukan semua orang bercouple begitu. Ada juga yang jadi cemerlang. Malah menjawab dengan bangga:
“Aku cemerlang sebab aku bercouple. Aku studi dengan awek aku. Boleh lebih fokus”
Jadi, pada saya, BERCINTA itu menganggu pelajaran adalah satu perkara yang patut dibuang jauh. Kenapa? Sebab ada yang BERCINTA dengan cara yang tidak syara’ pun boleh cemerlang. Apatah lagi orang-orang yang bercinta dengan cara yang syara’, dengan lebih terjaga.
Islam melarang kita mendekati zina. Hatta zina hati. Maka, sesiapa yang BERCINTA mengikut definisi syara’, maka di ruang mana pelajarannya akan terganggu?
Alasan tidak bercouple kerana couple itu menganggu pelajaran juga perlu dibuang. Bukan bermakna saya menyokong couple. Saya malah melarangnya langsung kecuali selepas kahwin. Tetapi saya suruh buang adalah kerana, kita tidak bercouple bukan kerana pelajaran. Kita tidak bercouple, hanya kerana Allah larang. Itu sahaja, dan tiada sebab lain.
Kenapa saya cakap begitu? Sebab ada orang buktikan, dengan couple mereka cemerlang. Maka, apakah dengan itu, couple boleh kita benarkan?
Tetap tidak sama sekali. Sebab kita bukan tidak bercouple atas sebab-sebab seperti tidak cemerlang pelajaran, sebab dikhianati, sebab takut dicurangi dan sebagainya. Ada juga yang couple, tapi selamat ke jinjang pelamin. Ha… nak kata apa?
Kita tidak bercouple, hanya kerana Allah suruh. Itu sahaja. Apakah kita memerlukan sebab yang lain? Tidak. Cukuplah keredhaan Allah itu matlamat kita, cukuplah kemurkaan Allah itu menjadi sebab kebencian kita atas sesuatu perkara.
Berbalik kepada isu fokus tadi, adalah tidak patut sebenarnya kita menyalah CINTA kepada ketidak fokusan kita. Siapa yang memilih untuk tidak FOKUS? Kita. Kita yang pilih untuk BERCINTA sampai tidak fokus. Siapa suruh BERCINTA sampai macam itu?
Pada saya, kalau serius nak bina keluarga, kena serius jugalah studi. Apakah boleh jadi ketua keluarga yang baik, ibu yang baik kepada anak-anak kalau markah dapat teruk-teruk, gagal sana sini? Pastinya malu kita hendak mendidik anak-anak kita nanti. Siapa contoh anak-anak? Kitalah sebagai ibu bapa menjadi contoh mereka. Sebab itu, pada saya, kata-kata bahawa pendidikan anak-anak kita bermula semenjak kita remaja adalah tepat sekali.
Maka, ketahuilah bahawa, serius dalam studi itu juga satu PERCINTAAN. Dan saya tidak nampak, kalau bercinta mengikut jalan yang syara’ tetapkan, maka itu akan menjadi penganggu kepada pelajaran.
Tunjukkan saya, di manakah ruang di dalam CINTA CARA SYAR’IE yang membolehkan seseorang itu tidak fokus kepada pelajaranna?
Jadi sekarang bagaimana?
Nak fokus pada pelajaran?
Silakan. Tetapi kenapa melarang diri untuk memikirkan keluarga yang bakal dibina nanti?
Persediaan sudah cukup?
Oh, maka jika begitu, saya tidak layak berbicara dengan anda.

Pencinta sepatutnya berdisiplin
Pada saya, seorang yang dinamakan sedang BERCINTA itu adalah seorang yang berdisiplin. Sekiranya definisi CINTAnya adalah seperti apa yang saya katakan tadi.
Dia perlu serius dalam pelajarannya. Dia perlu belajar untuk matang dalam pemikirannya. Dia perlu belajar untuk jauh pandangannya. Dia perlu belajar untuk kemas dalam perancangannya. Dia perlu mendidik emosinya. Dia perlu belajar untuk bijak membuat keputusan. Dia perlu belajar untuk pandai mengurus kewangan. Dia perlu belajar untuk boleh menjadi contoh terbaik kepada pasangan dan anak-anak.
Ya, kita tidak boleh mencapai tahap kesempurnaan. Tetapi, kita boleh bergerak dan berusaha ke arah kesempurnaan.

Silap ramai orang dalam PERCINTAAN adalah, mereka fikir, semua itu akan selamat apabila tiba pada PERKAHWINAN. Sedangkan, PERKAHWINAN hanyalah gerbang kepada satu dunia baru bernama RUMAH TANGGA. Siapa pernah berfikir, bagaimana dia hendak mengharungi dunia RUMAH TANGGA itu? Dengan lenggang kangkung tanpa ilmu? Atau cukup sekadar tahu ilmu seks sahaja?
Siapa yang belajar, kaji, cari, bagaimana hendak mengharungi dan memandu alam RUMAH TANGGA yang dilaluinya agar mampu meraih redha Allah? Siapa yang berusaha mendidik dirinya agar mampu menjadi qudwah kepada pasangan dan anak-anaknya? Siapa yang tahu bagaimana hendak membesarkan anak dengan cara yang Allah mahu?
Siapa pernah tahu dan ingin ambil tahu?
Ini, sebelum kahwin sibuk cakap fasal PERCINTAAN. memakai pula definisi PERCINTAAN daripada sumber seperti Filem, Drama, Cerekarama dan Novel yang ternyata jauh dari lunas-lunas syar’ie. Apa, nak happy now sad later?
Jika benar hendak membawa pasangan melepasi Syurga Allah SWT, apakah patut melakukan sesuatu yang tidak syara’? Patutkah angau sampai terganggu pelajaran? Patutkah?
Patutkah pula tidak fikirkan langsung? Patutkah menutup terus peluang untuk BERCINTA dengan definisi yang betul?
Sudah ada pengawasan ibu ayah, sudah ada dalam pengawasan syara’, kenapa masih membatu diri? Apakah kita fikir kahwin, bina keluarga itu perkara yang kita boleh main try and error? Silap kemudian cerai dan kahwin lain? Gitu?
Inilah masalah kita. Tidak ada disiplin dalam cinta.
Sebab utamanya apa?
Kita tidak tahu apa itu cinta. Kita tidak dididik bagaimana hendak BERCINTA.
Akhirnya, dengan mudah kita salahkan cinta.
Sebenarnya, yang bersalah adalah kita.
Yang jenis tak jaga terlalu tidak menjaga sampai melanggar batasan syara’. Yang jenis menjaga, jaga sangat sampai tak buat apa yang syara’ benarkan. Akhirnya, yang terlahir adalah keluarga yang rosak.  Jika tidak rosak pun, keluarga yang pasif. Mandul. Bukan mandul dari segi tidak mendapat anak, tetapi mandul dalam memberikan manfaat kepada ummah, kepada pembinaan kehidupan Islam dalam masyarakat.
Ya, ramai boleh membina keluarga yang baik, yang dikatakan bahagia walaupun tidak mengamalkan apa yang saya katakan ini.
Tetapi, ketahuilah, apa yang saya katakan ini adalah untuk menghasilkan keluarga yang lebih baik dari baik yang anda sangkakan baik itu, lebih bahagia dari bahagia yang anda katakan bahagia itu. Yang saya katakan ini adalah untuk membina keluarga yang menjadi agen perubahan ummah dan keluarga yang menjadi salah satu dari batu-bata pembinaan masyarakat Islam yang mapan.
Anda tidak mahu?
Terpulang.

Penutup: Cinta yang patut kita cari dan gerakkan
Kita dibesarkan dengan cinta hollywood, cinta para artis, cinta selebriti, cerita dalam filem, cerita dalam drama dan cinta-cinta tidak syar’ie dalam novel. Kita diajar bahawa kalau bercinta mesti mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, minum tak pernah hilang dahaga.
Masalahnya, siapa kata itulah cinta? Siapa kata yang mereka tunjukkan itu CINTA?
Boleh buang dalam tong sampah definisi cinta yang mereka tunjukkan itu.
Saya ulang yang entah buat kesekian kalinya: CINTA itu suci, menyembuhkan dan membina peribadi. Sesiapa yang BERCINTA dengan CINTA yang sebenar, dengan cara PERCINTAAN yang sebenar, maka dia tidak akan rugi, tidak akan pula rosak.
Tidak dinamakan CINTA kalau melemparkan pasangan ke neraka. Tidak dinamakan CINTA kalau buat diri dan pasangan fail periksa. Tidak dinamakan CINTA, kalau buat pasangan dan diri sendiri lupa serta jauh daripada Allah SWT.
CINTA yang saya katakan inilah, yang perlu kita cari, belajar, ajar, dan gerakkan dalam kehidupan.
Bagaimana kamu sekarang?
Coretan Asal oleh Hilal Asyraf

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme