20 Tips Untuk Menjadi Orang Berjaya
6:49 AM
Ami Hero
,
22 Comments
Setiap orang mempunyai keinginan untuk berjaya. kejayaan yang diimpikan oleh setiap orang pula adalah berbeza. setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri bagaimana dikatakan berjaya kerana perkataan BERJAYA mempunyai makna yang subjektif. Dalam mengejar matlamat masing-masing, kita kerap kali berfikir bagaimana cara nak mencapai segala impian yang kita ingin gapai. oleh itu, pada post saya kali ini saya berkongsi sedikit maklumat bagaimana kita boleh mencapai kejayaan yang kita impikan.
1. Tentukan Visi Anda.
- Tanpa visi yang jelas, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
- Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah seorang yang berkarisma, menghargai masa, mempunyai cita-cita yang besar, berkomitmen tinggi dan pragmatis / praktikal.
- Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi / cita-cita anda mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda supaya tetap berada “di atas landasan” dan “tiba ke destinasi” pada waktu yang telah ditetapkan.
- Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup.
- Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin.
- Uruskan masa dengan bijak – buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah / berseronok, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.
- Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda!
- Abraham Lincoln mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51.
- Orang yang mudah mengalah kepada diri sendiri adalah orang yang tidak akan berjaya dan tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri.
- Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan, masalah remeh temeh, dsb.
- Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu; untuk berjaya, anda perlu sentiasa ingat yang anda mahu berjaya!
- Selama 20 tahun, Rasulullah menumpukan perhatiannya kepada mengembangkan ajaran Islam walaupun dicerca dan dihina. Hari ini, terdapat lebih 1.5 billion umat Islam di serata dunia.
- Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumi-Nya, bukan untuk menemui gagal.
- Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.
- Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Allah s.w.t.
- Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa telah membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.
- Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi: cinta kepada Tuhan, cinta kepada keluarga, cinta kepada rakan-rakan, cinta kepada haiwan peliharaan, cinta kepada negara, cinta kepada alam sekitar, cinta kepada ilmu dsbnya.
- Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun orang itu pernah melakukan kejahatan kepada anda.
- Manusia yang bijak adalah manusia yang mengaku akan kesilapannya dan belajar daripada kesilapan tersebut. Kesilapan bukanlah sesuatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sesebuah kejayaan.
- Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan diri anda melakukan kesilapan yang sama berulang kali.
- Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan anak-anak adalah tunjang kepada kejayaan ibubapa.
- Kebanyakan kegagalan remaja hari adalah berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibubapa.
- Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai / baik.
- Individu yang berjaya selalunya adalah individu yang mempunyai ramai kawan.
- Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi.
- Tidak salah menjadi Mat Jenin, SETIAP kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.
- Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif and tidak gemar ‘curi tulang’.
15. Amalkan Gaya Hidup Sihat.
- Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit merbahaya.
16. Sentiasa Jujur.
- Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus.
- Kejayaan TIDAK akan membawa apa-apa makna sekiranya ia terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu daya.
- Masa adalah suata nikmat Allah yang selalu dibazirkan / disalahgunakan oleh umat manusia.
- Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.
- Jangan terlalu fokus kepada “ketidaksempurnaan” / kelemahan yang ada pada diri anda.
- Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Allah mencipta setiap manusia berbeza-beza dan setiap satunya istimewa.
- Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa.
- Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat menbantu kejayaan diri anda juga.
- Kejayaan sememangnya penting, tetapi jangan sekali-kali ‘tamak kejayaan’.
- Bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri.
- Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain.
- Selain bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya, banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya di dalam hidup mereka.
Alhamdulillah..best giler tips ini..
InsyaAllah akan diamalkan.............
boleh digunakan,,,
makasih inspirasi dan pencerahannya gan !
:)
sepatubordir-oke.blogspot.com
Tips yg sgt menarik sesuai untuk kita2 yg sentiasa berusaha nak majukan diri hingga berjaya
jom jalan2 rumah saya
znzabadistore.blogspot.com
YAALLAH PERMUDAHKANLAH HARI2 YANG AKAN MENDATANG .. HANYA ENGKAULAH YANG MAHA MENGETAHU ISI HATI INI .. KAYAKANLAH KAMI UMUR YG PANJANG KAYAKANLAH KAMI KESIHATAN YG BAIK ,KAYAKANLAH KAMI ILMU YG MANFAAT,KAYAKANLAH KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT.. YAALLAH SESUNGGUHNYA KAU MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI .. BYAK DOSA YANG KAMI LAKUKAN SEPERTI DOSA YANG TAK SENGAJA DAN DISENGAJAKAN KAU AMPUNILAH DOSA2 KAMI AMINNNNN :)
Penerangan dan penjelasan yang menarik...
Semoga kita semua dapat pandua dari petikan di atas semoga kita berjaya
Yo
Tip2 yg sgt menginspirasi dan memberi bantuan
Thank you for the succes tips
Tq ..sangat membantu
thumbs up!
Amin..
Terima kasih untuk tip ini
Hi sis..nor share doa tu ya..
Aamiin
Terima kasih tip yg sangat bermakna ini...
I will try this tips to get back my dreams come be true
Thank you for the succes tips
Tips yg bgus...mudah-mudhan sya dpt jdi seorng yg brjya suatu hari nnti...aamiin
Tips yang baik untuk diamalkan...terima kasih
esok dh 2022 dh,risau plk ngn spm,tapi aku percaya aku boleh aku kena berusaha dan jangan tinggal ibadah,insyallah boleh.Aminnn